Kelvin menerima e-mel yang menyerupai laman sesawang bank yang memintanya untuk mengemas kini maklumat akaun. Tanpa rasa ragu-ragu, Kelvin terus mengemas kini maklumat peribadi perbankannya. Beberapa hari kemudian, pihak bank menghubungi Kelvin untuk mengesahkan pengeluaran sejumlah besar wang yang telah dibuatnya. Anda telah menerima e-mel seperti situasi di atas. Apakah yang harus anda lakukan?